Love can touch us one time & last for a lifetime

where ever you are...
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you’re here in my heart
And my heart will go on and on

Tuesday 29 November 2011

kau gemgamkan tgnku..sewaktu ku lemah & terjatuh..

dh xde menda nk tulish..hik2.. so i dedicate diz 4 my fwen yg slalu view my blog. NUR AZALIA.. mber skolah dlu2..hik2. keakraban yg terjalin bkn mudah luntur tuk dilupakan..cheehhh,,hee..makasih lia..sbb slalu igt along..

ni pict lia n along..ehee.. chumel kn??



  xlupa jgk tuk cik karib sy.. sy rsa dia lebih moody skank..hik2. tatau sbb apa..warghh..nk tya tkot..okeh2.. sy bia dia cool dlu.hope nt cik karib sy akan lebih hepi n bahagia.. :)



kpd para sahabat di dunia.... sahabat2 sy sekalian.. tima kasih ats jalinan persahabatan ini..









last skali tu my darl.. dear incik etong : sy amat berbangga dan berbesar ati krn dpt memiliki kmo..hik.. syg syg sgt... kt fb mlu nk ckp ..ehee..say kt blog pun ok kn syku.. hihi




baby chumill.. sja ja ltak pict ni kt sni,,sbb baby ni chumil sgt2..hee



p/s : buat sahabatku lia, cik karib n MR love.. sy sgt mengagumi kalian sbgai insan yg terpenting dalam hidup sy selain family terchenta sy.. 

sekian terima kasih...



Saturday 12 November 2011

hari lahir saya yg ke 23!!

coretan hati pink ku..hee


jam 2:40 am.
bwu pas berfesbuk, bwu pas bt xment jgk... dh setel hal2 tersebut.
bwu trigat nk mebelog. disebabkan sy xleh nk tido n terdpt ckit masalah kecik2. so i decide tk tulis kt blog ni..hehe.. sebenaqnya tulis blog ni lg best dr bt xment. haha. bt xment 1prgan pun dh rasa nk termuntah.tulis tulish blog byk pgran pun leh smile ag wlopun tgh da mslh..eheee..
hri tu besday 8 nov 88. i xsempat nk wish kt diri sendiri..arini nampaknya masa mengizinkan..jdik saya pun nk wish lah.. ok.. 1,2,3.. hee
hepi besday to me..
hepi besday to me..
hepi besday to akma rozali.
hepi besday to me...
sekian terima kasih hik2..


                                                                   kek tuk sy!


setel dh pasal wish besdaz ngn kek.msuk bab lain plk.. bab senarai impian2 sy setelah berumo 23 taun nih..hehe..nice number 23,.
senarai2 impianna
1. nk membahagiakan mak ayh.
2. nk tgok kejayaan my adik2 angah, alang n adik
3. the only 1 my syg.. Incik etong.sy nk bahagia ngn kamo.
4. mtak2 lpas grad ni trus dpat keja.. amin...
5. nk bli keta bawu yg besaq2.. leh bwk sesapa yg suka bejalan2..hee
6. xmo dh lagi dpt kwn2 yg shelalu membuat saya terluka..warghh..lupa nk ckp : cik karib sy la the best person yg pnah jd kwn i tw.
7. mlas nk pk benda2 yg xmunasabah yg xmungkin terjadi..sy dh dewasa ok! should pk matang..eheee
8. kalo boleh saya nk mfkan somebody yg pnah sakitkan ati sy, tp saya xleh bt cm tu lg..warghhh..sbb sy xiklas kalo sy mfkn dia sknk ni..tgu nt2 lah..hik2
9. saya nk bahagia ngn INCIK MOHD ANUAR AHMAD & FAMILY. 
10. hopefully lepas ni saya akan jd lebih baik dan matang dalam semua urusan duniawi & akhirat.

ok.. setel sudah.. nyanyi,kek n impiana.. 

jam 3:05 AM

xtido jgk lg sbb tgh pk kn kmo lah incik etong..
hehe..

impian terakhir b4 sy melelapkan mata sy utk bgun esok pg.
1. semoga masalah sy setel
2. dpt bgun awal
3. sy nk syg kmo mcm biasa sampai bila2.




Friday 11 November 2011

ANDAI LELAKI TAHU...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.♥

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.♥

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.♥

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.♥

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.♥

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.♥

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.♥

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.♥

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.♥

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.♥

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.♥

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.♥

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.♥

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.♥

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.♥

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.♥

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.♥

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.♥

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.♥

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.♥

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.♥




P/S : incik etong tlg syg sy seadanya sy..hik2!!!